ENGLISH COUNTRY STYLE DECOR
Sejak akhir-akhir ini saya sangat berminat dengan hiasan dalaman. Saya kerap mengikuti program Intai-intai deko di TV3 dan di majalah-majalah tempatan. Saya amat tidak berpuas hati dengan cara orang Malaysia menghias rumah terutamanya yang tergila-gilakan dengan konsep ' English Country'. Ramai yang tersalah faham dengan konsep ini, seolah-olah rumah perlu dihias dengan corak floral keseluruhannya dari perabut ke kertas dinding sampai berserabut jadinya. Mereka ini kurang membuat kajian sebelum menghias.Pakai hentam kromo saja.
Sebelum kita pergi lebih mendalam mengenai cara hiasan "English Country" kita perlu tahu serba sedikit sejarahnya. Konsep country ini mula dipopularkan oleh golongan bangsawan Inggeris pada abad ke 18 dan 19 bila mereka menghabiskan hujung minggu di desa. Mereka ini terpikat dengan cara hiasan golongan petani dan petukang yang tinggal di dalam kotej yang dihias ringkas dan selesa.Rumah berciri kedesaan ini boleh di bahagi kepada dua kategori iaitu kotej dan manor.Kotej dihias lebih menggunakan barangan yang pratikal dan murah berbanding golongan elit Rata-rata perabot yang digunakan bukan perabot yang popular pada zaman itu. Manor house ini adalah rumah besar seperti di dalam cerita Downton Abbey yang di diami bangsawan Inggeris.
![]() |
ENGLISH MANOR HOUSE |
![]() |
ENGLISH COUNTRY COTTAGE |
Konsep yang amat ditekankan didalam hiasan "English Country" adalah selesa dan segar.Penekanan diberikan kepada penggunaan lantai kayu (hardwood floorings), perabut,aksessori dan warna . Koordinasi diantara kesemuanya memberi keseimbangan dan suasana harmoni.Warna -warna yang kerap digunakan adalah pastel dan yang diilhamkan dari alam semulajadi.Kertas dinding juga kerap digunakan dan selalunya bercorak bunga dan berbelang(floral and stripes) .Ia juga menekankan penggunaan fabrik langsir berbunga dan lace.
KRITERIA-KRITERIA YANG UTAMA DALAM ENGLISH COUNTRY DECOR
PEMILIHAN WARNA
Warna-warna pastel yang digunakan seperti peach, lavender,pink dan putih memberikan suasana menyegarkan dan terang. Contoh warna pastel seperti dibawah:
Warna pastel lebih kerap diguna untuk menghias kotej.Contohnya seperti dibawah
Warna -warna hangat atau musim luruh berdasarkan alam semulajadi memberikan suasana hangat dan selesa
Contoh warna-warna hangat adalah seperti dibawah:
Warna pastel lebih kerap diguna untuk menghias kotej.Contohnya seperti dibawah
Warna -warna hangat atau musim luruh berdasarkan alam semulajadi memberikan suasana hangat dan selesa
Contoh warna-warna hangat adalah seperti dibawah:
![]() |
AUTUMN COLOUR PALETTE |
Penggunaan warna hangat lebih sesuai untuk kawasan yang sejuk. Ia juga sesuai untuk Manor yang besar dan memiliki siling tinggi
PEMILIHAN KERTAS DINDING
Kertas -kertas dinding yang dipilih haruslah diselaraskan dengan pemilihan warna bilik jika ruang itu menggunakan ' feature wall'. Kertas-kertas dinding keluaran Sanderson & Sons, Morris and Co,Colefax and Fowler dan Harlequin amatlah popular. Contoh-contoh kertas dinding yang biasa digunakan adalah seperti di bawah
No comments:
Post a Comment