Jelas sekali semuanya serba ringkas dan ruang makan bersekali dengan dapur disebabkan rang terhad.Konsep yang sama iaitu pastel colour, bunga di atas meja dan kain alas meja yang ringkas.
Friday, 14 December 2012
Thursday, 13 December 2012
RUANG TAMU/BILIK TIDUR KONSEP ENGLISH COUNTRY
Hari ini kita buat sambungan mengenai cara menghias ruang tamu.
Fabrik sofa berbelang dan ottoman bercorak gingham.Dinding dicat pastel.Langsir dan kusyen bercorak floral atau polos.Lukisan bercorak floral.Ini adalah ciri-ciri utama English Country style.
Jelas sekali ketidak fahaman masyarakat kita mengenai English Country Style amat jelas. Sesetengah mereka berfikir English Country Style adalah bermotif floral sepenuhnya.
MEMILIH PERABUT UNTUK BILIK TIDUR
Perabut yang biasa terdapat di dalam bilik tidur
![]() |
DRESSER AND MIRROR |
![]() |
BED |
![]() |
SINGLE CHAIR |
![]() |
CUPBOARD |
![]() |
NIGHTSTAND |
CARA MENGHIAS BILIK TIDUR
Saya berharap dengan melihat gambar di atas dapat menjelas kekeliruan mengenai konsep ENGLISH COUNTRY STYLE
Wednesday, 12 December 2012
PEMILIHAN PERABUT
PEMILIHAN PERABUT
Perabut yang menghias kotej inggeris biasanya pratikal dan ringkas. Ini kerana ruang yang terhad dan bajet yang rendah.Perabut ini biasanya dibuat dari kayu pine dan oak.Perabut sofa pula biasanya disaluti kain polos, berbunga dan gingham.
CARA MENGHIAS RUANG TAMU
Contoh perabut-perabut yang biasa berada di ruang tamu kotej
![]() |
OTTOMAN |
![]() |
DISPLAY CABINET |
![]() |
SIDE CABINET |
![]() |
WING CHAIR |
![]() |
WICKER CHAIR |
![]() |
SINGLE ARM CHAIR |
![]() |
SIDE TABLE |
![]() |
TUFTED SOFA |
![]() |
SOFA |
![]() |
SINGLE ARM CHAIR |
![]() |
COFFEE TABLE |
![]() |
STOOL |
CONTOH -CONTOH CARA MENHIAS RUANG TAMU CARA ENGLISH COUNTRY
Kabinet-kabinet dicat dengan warna pastel.Kerusi menggunakan fabrik polos dan sofa fabrik berbunga, begitu juga dengan kusyen.Jelas adunan yang menarik dan dinding dicat pastel.
Fabrik sofa berbunga dan kusyen berbelang. Warna-warna pastel dikekalkan untuk yang lain.
Ruang tamu serba ringkas.Perabut-perabut yang ringkas. Elemen-elemen 'English Country ' jelas.
Jelas di atas corak berbunga diguna pada kadar minimal.Prinsip yang jelas warna pastel untuk dinding dan kabinet.Kusyen atau sofa saja menggunakan fabrik berbunga.Lukisan-lukisan tergantung mengambarkan bunga-bungaan atau tumbuhan.
ENGLISH COUNTRY STYLE DECOR
Sejak akhir-akhir ini saya sangat berminat dengan hiasan dalaman. Saya kerap mengikuti program Intai-intai deko di TV3 dan di majalah-majalah tempatan. Saya amat tidak berpuas hati dengan cara orang Malaysia menghias rumah terutamanya yang tergila-gilakan dengan konsep ' English Country'. Ramai yang tersalah faham dengan konsep ini, seolah-olah rumah perlu dihias dengan corak floral keseluruhannya dari perabut ke kertas dinding sampai berserabut jadinya. Mereka ini kurang membuat kajian sebelum menghias.Pakai hentam kromo saja.
Sebelum kita pergi lebih mendalam mengenai cara hiasan "English Country" kita perlu tahu serba sedikit sejarahnya. Konsep country ini mula dipopularkan oleh golongan bangsawan Inggeris pada abad ke 18 dan 19 bila mereka menghabiskan hujung minggu di desa. Mereka ini terpikat dengan cara hiasan golongan petani dan petukang yang tinggal di dalam kotej yang dihias ringkas dan selesa.Rumah berciri kedesaan ini boleh di bahagi kepada dua kategori iaitu kotej dan manor.Kotej dihias lebih menggunakan barangan yang pratikal dan murah berbanding golongan elit Rata-rata perabot yang digunakan bukan perabot yang popular pada zaman itu. Manor house ini adalah rumah besar seperti di dalam cerita Downton Abbey yang di diami bangsawan Inggeris.
![]() |
ENGLISH MANOR HOUSE |
![]() |
ENGLISH COUNTRY COTTAGE |
Konsep yang amat ditekankan didalam hiasan "English Country" adalah selesa dan segar.Penekanan diberikan kepada penggunaan lantai kayu (hardwood floorings), perabut,aksessori dan warna . Koordinasi diantara kesemuanya memberi keseimbangan dan suasana harmoni.Warna -warna yang kerap digunakan adalah pastel dan yang diilhamkan dari alam semulajadi.Kertas dinding juga kerap digunakan dan selalunya bercorak bunga dan berbelang(floral and stripes) .Ia juga menekankan penggunaan fabrik langsir berbunga dan lace.
KRITERIA-KRITERIA YANG UTAMA DALAM ENGLISH COUNTRY DECOR
PEMILIHAN WARNA
Warna-warna pastel yang digunakan seperti peach, lavender,pink dan putih memberikan suasana menyegarkan dan terang. Contoh warna pastel seperti dibawah:
Warna pastel lebih kerap diguna untuk menghias kotej.Contohnya seperti dibawah
Warna -warna hangat atau musim luruh berdasarkan alam semulajadi memberikan suasana hangat dan selesa
Contoh warna-warna hangat adalah seperti dibawah:
Warna pastel lebih kerap diguna untuk menghias kotej.Contohnya seperti dibawah
Warna -warna hangat atau musim luruh berdasarkan alam semulajadi memberikan suasana hangat dan selesa
Contoh warna-warna hangat adalah seperti dibawah:
![]() |
AUTUMN COLOUR PALETTE |
Penggunaan warna hangat lebih sesuai untuk kawasan yang sejuk. Ia juga sesuai untuk Manor yang besar dan memiliki siling tinggi
PEMILIHAN KERTAS DINDING
Kertas -kertas dinding yang dipilih haruslah diselaraskan dengan pemilihan warna bilik jika ruang itu menggunakan ' feature wall'. Kertas-kertas dinding keluaran Sanderson & Sons, Morris and Co,Colefax and Fowler dan Harlequin amatlah popular. Contoh-contoh kertas dinding yang biasa digunakan adalah seperti di bawah
Subscribe to:
Posts (Atom)