Friday, 14 December 2012

ENGLISH DECOR KITCHEN

 Hari ini kita bercakap pasal konsep dapur pula.









Jelas sekali semuanya serba ringkas dan ruang makan bersekali dengan dapur disebabkan rang terhad.Konsep yang sama iaitu pastel colour, bunga di atas meja dan kain alas meja yang ringkas.




Thursday, 13 December 2012

RUANG TAMU/BILIK TIDUR KONSEP ENGLISH COUNTRY





Hari ini kita buat sambungan mengenai cara menghias ruang tamu.



Fabrik sofa berbelang dan ottoman bercorak gingham.Dinding dicat pastel.Langsir dan kusyen bercorak floral atau polos.Lukisan bercorak floral.Ini adalah ciri-ciri utama English Country style.






Jelas sekali ketidak fahaman masyarakat kita mengenai English Country Style amat jelas. Sesetengah mereka berfikir English Country Style adalah bermotif floral sepenuhnya.


MEMILIH PERABUT UNTUK BILIK TIDUR

Perabut yang biasa terdapat di dalam bilik tidur


DRESSER AND MIRROR
BED




SINGLE CHAIR

CUPBOARD
NIGHTSTAND









CARA MENGHIAS BILIK TIDUR



















Saya berharap dengan melihat gambar di atas dapat menjelas kekeliruan mengenai konsep ENGLISH COUNTRY STYLE

Wednesday, 12 December 2012

PEMILIHAN PERABUT


PEMILIHAN PERABUT


Perabut yang menghias kotej inggeris biasanya pratikal dan ringkas. Ini kerana ruang yang terhad dan bajet yang rendah.Perabut ini biasanya dibuat dari kayu pine dan oak.Perabut sofa pula biasanya disaluti kain polos, berbunga dan gingham.


CARA MENGHIAS RUANG TAMU
Contoh perabut-perabut yang biasa berada di ruang tamu kotej
OTTOMAN
DISPLAY CABINET
SIDE CABINET
WING CHAIR
WICKER CHAIR
SINGLE ARM CHAIR
SIDE TABLE
TUFTED SOFA



SOFA
SINGLE ARM CHAIR




COFFEE TABLE
STOOL





























CONTOH -CONTOH CARA MENHIAS RUANG TAMU CARA ENGLISH COUNTRY






Kabinet-kabinet dicat dengan warna pastel.Kerusi menggunakan fabrik polos dan sofa fabrik berbunga, begitu juga dengan kusyen.Jelas adunan yang menarik dan dinding dicat pastel.



Fabrik sofa berbunga dan kusyen berbelang. Warna-warna pastel dikekalkan untuk yang lain.



Ruang tamu serba ringkas.Perabut-perabut yang ringkas. Elemen-elemen 'English Country ' jelas.


Jelas di atas corak berbunga diguna pada kadar minimal.Prinsip yang jelas warna pastel untuk dinding dan kabinet.Kusyen atau sofa saja menggunakan fabrik berbunga.Lukisan-lukisan tergantung mengambarkan bunga-bungaan  atau tumbuhan.

ENGLISH COUNTRY STYLE DECOR


Sejak akhir-akhir ini saya sangat berminat dengan hiasan dalaman. Saya kerap mengikuti program Intai-intai deko di TV3 dan di majalah-majalah tempatan. Saya amat tidak berpuas hati dengan cara orang Malaysia menghias rumah terutamanya yang tergila-gilakan dengan konsep ' English Country'. Ramai yang tersalah faham dengan konsep ini, seolah-olah rumah perlu dihias dengan corak floral keseluruhannya dari perabut ke kertas dinding sampai berserabut jadinya. Mereka ini kurang membuat kajian sebelum menghias.Pakai hentam kromo saja.

Sebelum kita pergi lebih mendalam mengenai cara hiasan "English Country" kita perlu tahu serba sedikit sejarahnya. Konsep country ini mula dipopularkan oleh golongan bangsawan Inggeris pada abad ke 18 dan 19 bila mereka menghabiskan hujung minggu di desa. Mereka ini terpikat dengan cara hiasan golongan petani dan petukang yang tinggal di dalam kotej yang dihias ringkas dan selesa.Rumah berciri kedesaan ini boleh di bahagi kepada dua kategori iaitu kotej dan manor.Kotej dihias lebih menggunakan barangan yang pratikal dan murah berbanding golongan elit Rata-rata perabot yang digunakan bukan perabot yang popular pada zaman itu. Manor house ini adalah rumah besar seperti di dalam cerita Downton Abbey yang di diami bangsawan Inggeris.


ENGLISH MANOR HOUSE

ENGLISH COUNTRY COTTAGE

Konsep yang amat ditekankan didalam hiasan "English Country" adalah selesa dan segar.Penekanan diberikan kepada penggunaan lantai kayu (hardwood floorings), perabut,aksessori dan warna . Koordinasi  diantara kesemuanya memberi keseimbangan dan suasana harmoni.Warna -warna yang kerap digunakan adalah pastel dan yang diilhamkan dari alam semulajadi.Kertas dinding juga kerap digunakan dan selalunya bercorak bunga dan berbelang(floral and stripes) .Ia juga menekankan penggunaan fabrik langsir berbunga dan lace.


KRITERIA-KRITERIA YANG UTAMA DALAM ENGLISH COUNTRY DECOR

PEMILIHAN WARNA
Pemilihan warna dalam konsep 'English Country' diilhamkan dari konsep "English Garden". Bunga-bunga yang biasa ditanam di English Garden adalah seperti daisi, lavender,mawar,geranium dan viola




Warna-warna pastel yang digunakan seperti peach, lavender,pink dan putih memberikan suasana menyegarkan dan terang. Contoh warna pastel seperti dibawah:


Warna pastel lebih kerap diguna untuk menghias kotej.Contohnya seperti dibawah



Warna -warna hangat atau musim luruh berdasarkan alam semulajadi memberikan suasana hangat dan selesa
Contoh warna-warna hangat adalah seperti dibawah:


AUTUMN COLOUR PALETTE

Penggunaan warna hangat lebih sesuai untuk kawasan yang sejuk. Ia juga sesuai untuk Manor yang besar dan memiliki siling tinggi


PEMILIHAN KERTAS DINDING

Kertas -kertas dinding yang dipilih haruslah diselaraskan dengan pemilihan warna bilik jika ruang itu menggunakan ' feature wall'. Kertas-kertas dinding keluaran Sanderson & Sons, Morris and Co,Colefax and Fowler dan Harlequin amatlah popular. Contoh-contoh kertas dinding yang biasa digunakan adalah seperti di bawah








Di bawah adalah contoh penggunaan kertas dinding yang harmoni dengan suasana bilik dan perabut.